WP Image Slim WordPress Plugin
Kecilkan gambar dalam Media Library terus di server anda — fail sama, URL sama, tiada salinan tambahan dan tiada servis luar. Setiap perubahan boleh dipulihkan.
Gambar lebih ringan tanpa salinan tambahan yang memenuhkan server
Banyak plugin gambar menyimpan salinan kedua (biasanya WebP) di sebelah setiap gambar dan bergantung pada peraturan .htaccess untuk menghantarnya. Di kebanyakan shared hosting — termasuk Plesk + LiteSpeed — peraturan itu tidak berfungsi, jadi pelawat tetap menerima JPEG asal sementara salinan-salinan itu memenuhkan storan. WP Image Slim tidak menambah salinan: ia menggantikan fail dengan versi yang lebih kecil daripada dirinya sendiri, di bawah nama yang sama. Nama fail dan URL kekal, jadi page builder, tema dan CDN tidak perlu diubah — dan setiap fail asal disimpan sebagai backup yang boleh dipulihkan.
Semua yang anda perlu untuk gambar yang lebih ringan
Dari muat naik baru hingga ribuan gambar lama dalam Media Library — semuanya diproses di server anda sendiri, tanpa API dan tanpa akaun luar.
Had Saiz Muat Naik
Gambar besar yang dimuat naik dihadkan secara automatik (lalai 1920px pada sisi terpanjang) — cukup untuk latar penuh skrin desktop.
Kualiti JPEG Boleh Laras
Tetapkan kualiti JPEG untuk setiap saiz yang WordPress jana (lalai 75, berbanding 82 WordPress) — sukar dibezakan dari asal pada gambar foto.
Buang Saiz 1536 & 2048
Hentikan dua saiz paling berat yang WordPress jana untuk setiap muat naik tetapi jarang dipaparkan. Fail sedia ada tidak dipadam.
Optimum Pukal Gambar Lama
Kecilkan dan mampat semula JPEG yang sudah ada dalam Media Library — nama fail dan URL kekal sama. Berjalan sedikit demi sedikit, selamat untuk had masa shared hosting, boleh dijeda bila-bila masa.
Ganti Hanya Jika Lebih Kecil
Setiap fail diuji dahulu: jika hasil mampatan tidak lebih kecil, fail asal dibiarkan. PNG tidak disentuh kerana mampatan semula biasanya membesarkannya.
Backup & Pulih Satu Klik
Setiap fail asal disimpan sebelum diubah. Pulihkan semua dengan satu klik, atau padam backup untuk dapatkan semula ruang — saiznya sentiasa dipaparkan.
Tiada Salinan, Tiada Servis Luar
Tiada folder salinan WebP, tiada peraturan .htaccess, tiada API key. Gambar anda tidak pernah meninggalkan server.
Cache Dikosongkan Automatik
Selepas optimum selesai, cache CSS Elementor dan LiteSpeed Cache dikosongkan secara automatik (jika dipasang), jadi perubahan terus kelihatan.
Lesen tahunan — sentiasa kemas kini & disokong
Plugin ini dijual sebagai lesen 1 tahun untuk satu laman web. Lesen perlu diperbaharui setiap tahun untuk terus menerima kemaskini dan sokongan. Apa yang anda dapat sepanjang tempoh lesen:
Pembaikan bug
Isu dan ralat dibaiki secara berterusan supaya plugin sentiasa stabil di laman anda.
Fungsi baharu
Ciri-ciri dan penambahbaikan baharu ditambah dari masa ke masa — anda dapat semuanya secara automatik.
Kemaskini kompatibiliti
Sentiasa serasi dengan versi WordPress dan PHP terbaru supaya tiada masalah selepas naik taraf.
Sokongan keutamaan
Bantuan teknikal sepanjang tempoh lesen jika anda menghadapi sebarang masalah.
ℹ️ Nota: Plugin ini berlesen GPL. Jika lesen tamat tempoh, plugin masih berfungsi penuh — cuma kemaskini automatik dan sokongan akan terhenti sehingga anda memperbaharui lesen.
3 langkah sahaja — siap dalam 2 minit
- 1
Muat turun fail ZIP
Klik butang Dapatkan di atas dan lengkapkan pembelian. Fail ZIP dan kunci lesen akan dihantar ke emel anda.
- 2
Upload ke WordPress
Dalam WP Admin → Plugins → Add New → Upload Plugin. Pilih fail ZIP, klik Install Now, kemudian Activate.
- 3
Aktifkan lesen & tekan Start
Aktifkan lesen di WP Image Slim → License, kemudian buka WP Image Slim → Optimise, pilih tab Bulk optimise dan tekan Start.
Compatible dengan kebanyakan setup
- WordPress
- 5.8 atau lebih baru
- PHP
- 7.4 atau lebih baru
- Pustaka imej
- Imagick atau GD
- Lesen
- GPL v2 atau terkemudian
Sedia jadikan website anda lebih laju?
Pasang WP Image Slim, tekan Start, dan biar gambar-gambar berat dalam Media Library diringankan — dengan backup untuk setiap fail.
Perlu bantuan setup atau customize? Hubungi kami
