Gunakan kod promo #SW1ST untuk 10% diskaun pakej pertama
Sifuwebsite
WordPress Themev1.8.1Percuma

WP Smooth Web WordPress Theme

Tema WordPress ringan tanpa bloat — kanvas bersih untuk Elementor. Tarik mana-mana templat tersimpan Elementor sebagai Header dan Footer (berfungsi dengan Elementor Free), dengan pilihan global, override per-halaman, sticky header dan transparent header.

RM189PERCUMA

🎁 100% percuma — muat turun dan guna terus.

Dapatkan Sekarang

Change Log

Memuatkan…

📦 ~200 KB⚖️ GPL v2🔧 WP 6.0+⬇️ 12 muat turun
Apa Itu WP Smooth Web?

Tema ringan dan pantas — Elementor buat kerja berat

WP Smooth Web sengaja dibuat minimal: tiada framework CSS/JS terbundle, tiada kebergantungan jQuery dalam kod tema, dan aset hanya dimuat bila benar-benar digunakan. Ciri utamanya — tarik mana-mana templat tersimpan Elementor sebagai Header dan Footer laman anda, sesuatu yang biasanya memerlukan Elementor Pro — sambil kekal pantas dan tanpa kebergantungan.

Ciri-ciri

Semua yang anda perlu untuk laman Elementor yang pantas

Header dan Footer Elementor, sticky dan transparent header, override per-halaman, sokongan WooCommerce — semua tanpa bloat.

🎯

Header & Footer Elementor

Pilih mana-mana templat tersimpan Elementor sebagai header dan footer. Dengan Elementor Free, tema render templat itu terus — tiada Pro diperlukan. Jika anda guna Pro, tema daftarkan lokasi Theme Builder secara automatik.

🎚️

Pilihan Global (Customizer)

Di Appearance → Customize → Header & Footer: pilih templat header/footer, lebar penuh atau boxed, sticky header, bayang semasa skrol, dan transparent header.

📄

Override Per-Halaman

Kotak Header & Footer (Smooth Web) dalam editor page/post membenarkan satu halaman guna templat berbeza — atau tiada langsung (contohnya halaman landing skrin penuh).

📌

Sticky Header

Pinning menggunakan CSS tulen (position: sticky); fail JS vanila kecil (dimuat hanya bila perlu) menambah bayang pilihan semasa skrol.

🌫️

Transparent Header

Tindih header di atas seksyen pertama (contohnya imej hero). Digabung dengan sticky header, ia kekal terpin dan beransur menjadi latar pejal semasa skrol.

🧱

Theme Builder Kandungan

Menu WP Smooth Web → Theme Builder: tetapkan templat Elementor kepada Single, Archive, Search, 404 dan lokasi kedai WooCommerce, dengan syarat paparan include/exclude. Padanan paling spesifik menang. (Perlukan plugin WP SW Addon untuk widget dinamik.)

🛒

Sedia WooCommerce

Mengisytihar sokongan WooCommerce (grid produk sebenar, galeri produk tunggal dengan zoom/lightbox/slider) dan render kedai lebar penuh dalam cangkerang tema — tanpa sidebar atau pembungkus berganda.

🪶

Fallback Header/Footer Minimal

Logo / tajuk laman + menu terbina dalam, supaya laman tetap berfungsi sebelum anda bina apa-apa dalam Elementor, atau jika Elementor dinyahaktifkan.

Cara Install

3 langkah sahaja — siap dalam 2 minit

  1. 1

    Muat turun fail ZIP

    Klik butang Dapatkan di atas. Fail ZIP tema akan tersimpan ke komputer anda.

  2. 2

    Upload & aktifkan tema

    Dalam WP Admin → Appearance → Themes → Add New → Upload Theme. Pilih fail ZIP, klik Install Now, kemudian Activate.

  3. 3

    Tetapkan Header & Footer

    Pasang Elementor (free), bina templat header/footer anda, kemudian pergi ke Appearance → Customize → Header & Footer untuk menetapkannya. Selesai!

Keperluan Sistem

Compatible dengan kebanyakan setup

WordPress
6.0 atau lebih baru
PHP
7.4 atau lebih baru
Elementor
Free (pilihan)
Lesen
GPL v2 atau terkemudian

Sedia bina laman Elementor yang pantas?

Pasang WP Smooth Web sebagai kanvas bersih anda, kemudian reka Header, Footer dan kandungan sepenuhnya dalam Elementor. Pasangkan dengan plugin WP SW Addon untuk widget dinamik dan Theme Builder penuh.

Perlu bantuan setup atau customize? Hubungi kami