WP Reporting WordPress Plugin
Plugin WordPress untuk laporan penjagaan website — jejak setiap kemaskini plugin/tema/core dan statistik pengunjung, kemudian jana laporan PDF berjenama yang boleh dimuat turun atau auto-emel setiap bulan. Ringan, selamat, dan semua data kekal di laman anda sendiri.
Laporan penjagaan website yang kemas — tanpa SaaS luaran
WP Reporting menghasilkan "Website Care Report" yang bersih — meliputi kemaskini plugin/tema/core dan statistik pengunjung — yang boleh dimuat turun sebagai PDF atau auto-emel setiap bulan kepada pemilik laman. Ia sengaja dibuat ringkas dan pantas: tiada dashboard berat, tiada SaaS luaran, dan semua data kekal di laman WordPress anda sendiri.
Semua yang anda perlu untuk laporan penjagaan bulanan
Dari jejak kemaskini sehingga analitik pengunjung self-hosted — semuanya dikumpul di laman anda dan dipadatkan menjadi satu laporan PDF berjenama.
Jejak Kemaskini
Rekod setiap kemaskini plugin, tema dan WordPress core dengan versi lama → baru yang tepat serta tarikh ia berlaku — tak kira cara update dibuat (manual, auto, bulk atau WP-CLI).
Kiraan Kemaskini
Jumlah kemaskini setiap bulan atau setiap tahun, dipecahkan ikut plugin / tema / core supaya anda nampak corak penyelenggaraan dengan jelas.
Analitik Pengunjung
Sessions, pengunjung unik dan page views — self-hosted sepenuhnya — dengan perbandingan tempoh-ke-tempoh. Tiada Google Analytics atau servis luaran.
Sumber Trafik
Top pages, rujukan (referrer) dan enjin carian (Google, Bing, ChatGPT, dan lain-lain) — supaya anda tahu dari mana pelawat datang.
Peranti & Negara
Pecahan peranti, browser dan sistem operasi, serta top negara (dibaca dari header CDN seperti Cloudflare — tanpa pangkalan GeoIP yang berat).
Posts & Pages
Bilangan post/page baru diterbitkan, jumlah suntingan, dan jadual Top Authors (post baru, page baru dan kiraan edit setiap penulis) bagi tempoh tersebut.
Laporan PDF Berjenama
Cover, ringkasan, sejarah kemaskini dan carta analitik dalam satu PDF kemas. Nama jenama, logo dan warna aksen anda boleh ditetapkan sendiri.
Muat Turun atau Auto-Emel
Jana laporan mana-mana bulan/tahun secara on-demand, atau biarkan plugin emelkan laporan bulan sebelumnya secara automatik pada 1hb setiap bulan.
Laporan Jualan WooCommerce
Bila WooCommerce aktif, laporan tunjuk revenue, jumlah pesanan, purata nilai pesanan dan produk terlaris bagi tempoh tersebut — lengkap dengan carta jualan dan perbandingan bulan-ke-bulan. Hanya kira pesanan Completed & Processing (tanpa cukai/penghantaran); refund ditolak berasingan. Automatik hilang jika WooCommerce tidak dipasang.
Lesen tahunan — sentiasa kemas kini & disokong
Plugin ini dijual sebagai lesen 1 tahun untuk satu laman web. Lesen perlu diperbaharui setiap tahun untuk terus menerima kemaskini dan sokongan. Apa yang anda dapat sepanjang tempoh lesen:
Pembaikan bug
Isu dan ralat dibaiki secara berterusan supaya plugin sentiasa stabil di laman anda.
Fungsi baharu
Ciri-ciri dan penambahbaikan baharu ditambah dari masa ke masa — anda dapat semuanya secara automatik.
Kemaskini kompatibiliti
Sentiasa serasi dengan versi WordPress dan PHP terbaru supaya tiada masalah selepas naik taraf.
Sokongan keutamaan
Bantuan teknikal sepanjang tempoh lesen jika anda menghadapi sebarang masalah.
ℹ️ Nota: Plugin ini berlesen GPL. Jika lesen tamat tempoh, plugin masih berfungsi penuh — cuma kemaskini automatik dan sokongan akan terhenti sehingga anda memperbaharui lesen.
3 langkah sahaja — siap dalam 2 minit
- 1
Muat turun fail ZIP
Klik butang Dapatkan di atas. Fail ZIP akan tersimpan ke komputer anda. Enjin PDF (Dompdf) sudah dibundle, jadi plugin terus berfungsi selepas diaktifkan.
- 2
Upload ke WordPress
Dalam WP Admin → Plugins → Add New → Upload Plugin. Pilih fail ZIP, klik Install Now, kemudian Activate.
- 3
Tetapkan jenama & penerima
Pergi ke menu "WP Reporting" → Settings untuk tetapkan nama jenama, logo, warna aksen, emel penerima dan auto-emel bulanan. Selesai! Laporan jadi lebih bermakna selepas sebulan penuh data dikumpul.
Compatible dengan kebanyakan setup
- WordPress
- 5.8 atau lebih baru
- PHP
- 7.4 atau lebih baru
- Tested up to
- WordPress 6.7
- Lesen
- GPL v2 atau terkemudian
Sedia hantar laporan penjagaan yang nampak profesional?
Pasang sekali, dan setiap bulan laman anda akan jana laporan PDF berjenama secara automatik — sesuai untuk agensi yang uruskan website klien.
Perlu bantuan setup atau customize? Hubungi kami
