WP SW Uptime WordPress Plugin
Pantau uptime laman anda tanpa membesarkan database. Setiap semakan dilipat ke dalam satu baris sehari, jadi setahun pemantauan hanya ~365 baris — tak kira seberapa kerap ia menyemak.
Laporan uptime yang jujur — dan database yang kekal kecil
Kebanyakan plugin uptime menyimpan satu baris untuk setiap semakan; pada selang 5 minit itu lebih 100,000 baris setahun. WP SW Uptime tidak. Setiap semakan dilipat ke dalam baris hari itu, jadi setahun penuh hanya ~365 baris campur satu baris untuk setiap gangguan — beberapa kilobyte sahaja. Ia juga tidak berpura-pura: plugin tidak boleh memerhati laman yang betul-betul offline, kerana ketika itu WordPress tidak berjalan langsung. Sebab itu masa yang tidak sempat diperhati dilaporkan berasingan dan dikeluarkan dari peratusan, bukan dikira sebagai naik mahupun turun.
Semua yang anda perlu untuk laporan availability yang boleh dipercayai
Tiga isyarat bebas — trafik biasa, semakan kendiri berjadual, dan ping dari monitor luar — masuk ke dalam satu garis masa yang sama.
Satu Baris Sehari
Tiada log setiap semakan. Setahun pemantauan pada selang 5 minit menggunakan ruang yang sama dengan selang 60 minit — kerana yang disimpan hanya jumlah harian, bukan setiap semakan.
Pulse Tanpa Kos
Setiap lawatan biasa sudah membuktikan laman menjawab. Plugin membacanya dari option yang memang sudah dimuatkan, dan menulis paling kerap sekali seminit — jadi kesan pada kelajuan laman praktikalnya sifar.
Semakan Kendiri Berjadual
Laman meminta halaman utamanya sendiri mengikut jadual dan merekod kod HTTP serta masa respons. Ini yang menangkap ralat 500, skrin putih dan masalah database — kegagalan yang pelawat nampak tetapi server tidak pernah laporkan.
Sambung Mana-mana Monitor Luar
Plugin menjana satu URL rahsia. Tampal ke UptimeRobot, Better Stack, cron-job.org, Pingdom, Cloudflare Worker — apa sahaja yang boleh memanggil URL mengikut jadual. Ping dari luar inilah satu-satunya bukti yang kekal walaupun laman betul-betul mati.
Log Gangguan Penuh
Setiap gangguan direkod dengan masa mula, masa pulih, tempoh dan sebabnya (kod HTTP atau ralat sambungan) — termasuk gangguan yang sedang berlaku sekarang.
Amaran Emel
Satu emel bila gangguan dikesan, satu lagi bila laman pulih — lengkap dengan jumlah tempoh downtime. Boleh dimatikan sepenuhnya jika monitor luar anda sudah menghantar amarannya sendiri.
Dashboard & Bar Availability
Peratusan uptime, jumlah downtime, bilangan gangguan dan purata masa respons untuk mana-mana bulan — dengan bar satu lajur sehari, sama seperti status page yang biasa anda lihat.
Masuk Terus ke WP Reporting
Jika WP Reporting turut dipasang, seksyen Uptime muncul sendiri dalam laporan PDF bulanan. Tiada satu pun plugin ini yang wajib untuk plugin satu lagi — kedua-duanya berfungsi penuh secara berasingan.
Lesen tahunan — sentiasa kemas kini & disokong
Plugin ini dijual sebagai lesen 1 tahun untuk satu laman web. Lesen perlu diperbaharui setiap tahun untuk terus menerima kemaskini dan sokongan. Apa yang anda dapat sepanjang tempoh lesen:
Pembaikan bug
Isu dan ralat dibaiki secara berterusan supaya plugin sentiasa stabil di laman anda.
Fungsi baharu
Ciri-ciri dan penambahbaikan baharu ditambah dari masa ke masa — anda dapat semuanya secara automatik.
Kemaskini kompatibiliti
Sentiasa serasi dengan versi WordPress dan PHP terbaru supaya tiada masalah selepas naik taraf.
Sokongan keutamaan
Bantuan teknikal sepanjang tempoh lesen jika anda menghadapi sebarang masalah.
ℹ️ Nota: Plugin ini berlesen GPL. Jika lesen tamat tempoh, plugin masih berfungsi penuh — cuma kemaskini automatik dan sokongan akan terhenti sehingga anda memperbaharui lesen.
3 langkah sahaja — siap dalam 2 minit
- 1
Muat turun fail ZIP
Klik butang Dapatkan di atas dan lengkapkan pembelian. Fail ZIP dan kunci lesen akan dihantar ke emel anda.
- 2
Upload ke WordPress
Dalam WP Admin → Plugins → Add New → Upload Plugin. Pilih fail ZIP, klik Install Now, kemudian Activate. Pemantauan bermula serta-merta.
- 3
Sambung monitor luar
Buka SW Uptime → Settings → External Monitor, salin URL Monitor, dan tampal ke perkhidmatan pemantauan pilihan anda (UptimeRobot percuma sudah memadai). Langkah ini pilihan, tetapi ia yang menjadikan angka uptime tepat 100%.
Compatible dengan kebanyakan setup
- WordPress
- 5.8 atau lebih baru
- PHP
- 7.4 atau lebih baru
- Integrasi
- WP Reporting (pilihan)
- Lesen
- GPL v2 atau terkemudian
Sedia tunjukkan klien anda angka uptime sebenar?
Pasang WP SW Uptime, sambungkan mana-mana monitor luar, dan setiap bulan anda ada peratusan uptime, senarai gangguan dan masa respons yang boleh dimasukkan terus ke dalam laporan penyelenggaraan klien.
Perlu bantuan setup atau customize? Hubungi kami
